Monday, October 1, 2007

Belenggu Irama..

Aku dipanggil oleh En.Asri mengadap. Apa la yang dia nak ni... Biasanya kalau tak pasal kerja mesti pasal benda-benda personal. Nak soh aku bungkus hadiah lagi ke.. hehehe.

Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung ku dikerusinya dengan wajah yang serius dia bertanya..

'Aku nak tanya hang ni.. tak tau hang setuju ke dak'..
'hang nak dak keja dengan aku?!'
'huh?!'
'maksud aku tuh.. hang direct report dengan aku..keja hang la ni hang toksah buat dah'
'macam ni midah.. 2-3 hari lepas auditor datang mai tempat aku tanya pasal yang aku dok buat reconciliation tu.. lepaih tu dia tanya sapa review aku buat.. terus teghang aku habaq kat depa, aku jugak la yang review .. kehkehkeh .. dah macam tak kena lah kan.. aku dok buat lepaih tu aku jugak yang review'
'Jadi aku nak amik hang keja dengan aku , kita buat sama-sama atau hang buat aku review'
'tu pasai la aku nak tanya hang nih.. hang nak ke dak?'
'nak....'

itulah jawapan aku pada en.Asri. Bertahun-tahun aku buat PCO , akhirnya aku 'terlepas' dari belenggu yang menganggu kehidupan aku... Syukur Alhamdullilah.. Aku keluar jugak akhirnya.. Betapa selama ini aku menahan perasaan sehingga menyebabkan aku mengalami tekanan dan bebanan , akhirnya doaku dimakbulkan oleh Allah S.W.T...

No comments: