Ke office macam biasa. Apa yang membezakan hari ini dengan hari2 sebelumnya ialah kehadiran aku diofis adalah sebelum pukul 8.30 pagi. Hehehe. Pelik kan?.. Ramai jugak yang menegurku. Barangkali mereka merasa hairan melihat kehadiranku diofis sebelum pukul 8.30 tidak seperti selalu kerana akulah orang yang paling lewat ke ofis. Ya!!!! hari ini aku amat berbangga dengan diri sendiri. hahahhaha.Sampai diofis aku memulakan kerja dengan tenang.Mungkin disebabkan tiada 'gangguan ' dari bosses aku kot. hikhikhik. Suasana diofis hari ni agak relax.
Seperti biasa manusia bernama azman itu dengan mudah melakonkan pelbagai watak. Kami agak terhibur dengan keceriaan yang dibawakan. Kadangkala aku terfikir sesuatu.. waktu bilakah barangkali manusia seperti Azman itu berdukacita. Merasa boring.Malas,bimbang,kecewa,sakit hati dan sebagainya.Aku tidak pernah melihat dia bersikap sedemikian. Barangkali dia bijak meyembunyikan sikap2 itu agar tidak dilihat oleh orang lain. Hmm.. cuma yang aku pasti bila tiba time 'datang bulan'nya itu atau waktu 'bulan mengambang penuh' satu unit pasti akan menerima 'kutukan' yang menjengkelkan darinya . Hahahha.
Aku balik petang tadi dengan Nad. Nad singgah untuk melihat rumah yang kami renovate. Malam kepasar malam. Beli makanan untuk dinner. Aku tertidur dan hanya tersedar apabila terasa kesejukan air-cond yang terlampau. Jam menunjukan pukul 12. Abang belum balik lagi. Aku memerhatikan Hani yang telah lama terlena disebelahku. Dengan perlahan aku mengalihkan Hani ditempat tidurnya dihujung kaki katil kami.
Terasa dahaga aku kedapur mencari air. Terdengar suara mak menegur.Selepas membalas teguran mak, aku mencapai laptop diatas meja terus memasangnya. Perkara pertama yang aku lakukan adalah online dgn Yahoo Messanger. Namun sebelum itu aku pastikan dahulu nickname aku itu dalam status 'invisible'. Mengapa aku berbuat demikian ?. Tujuannya hanya satu. Aku tidak mahu manusia itu tahu aku online malam ini. ( Ada kemungkinan status itu akan berterusan untuk malam-malam seterusnya ). Aku sebenarnya berkecil hati dengan sikapnya. Dia tidak menghargai pengorbanan yang aku lakukan.
Sampai bila aku akan berkeadaan seperti ini?.. Aku tak pasti. Tengoklah macam mana.
Tuesday, July 11, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment