Aku dilahirkan pada tahun 1974 pada tarikh 16hb pada bulan Julai. Dibawah naungan bintang Cancer, semestinya aku agak emosional ,sensitif, mood yang berubah-ubah dan seumpamanya. Anak angkat kepada satu pasangan yang telah lama berkahwin, malangnya mereka tidak dikurniakan cahayamata. Aku sanjungi pasangan ini yang telah mendidik dan menyayangiku sepenuh hati sehingga aku membesar menjadi seorang wanita yang.. bolehlah dikatakan mampu menguruskan segala hal dan amat berdikari. Al maklum sajalah kan.. menjadi anak tunggal bukan bermakna akan ditatang seperti minyak yang penuh sepanjang hayat , hakikatnya akan tiba suatu ketika seorang anak tunggal bakal menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran mengharungi kehidupan untuk survive.
Bayangkan begini. Ada ketikanya seorang anak tunggal akan benar2 merasakan dirinya keseorangan. Bila memerlukan khidmat seorang lelaki yang tak mampu dilakukan oleh sesetengah wanita , anak tunggal ini akan bertukar menjadi seorang 'abang'. Dalam keadaan tertentu yang memerlukan kecekapan seorang 'kakak' inilah waktunya anak tunggal ini bertukar sikap. Senang cerita dialah abang, dialah adik, dialah kakak, dialah segalanya. Dibesarkan dalam keadaan ini , boleh dikatakan pengetahuanku dalam menguruskan kehidupan penuh dengan ilmu yang aku dapat sejak kecil.Alhamdullilah.. Sekurang-kurang aku tidak bergantung pada seseorang. Aku berupaya membuat keputusan sendiri. Aku juga berupaya menyelesaikan hal2 berkaitan dengan keluarga. Dan aku juga berupaya menguruskan perkara yang pelik2. Dalam ertikata lain semua boleh lah!!. cewah.. hehhe.
Untuk lebih mengenali siapa makhluk Allah ini.. biar aku kenalkan. Berumur 32 tahun ( walaupun dan tua , pada dia masih lagi terasa muda.hikhik ) . Sudah berkahwin. masuk 6 tahun usia perkahwinannya. Mempunyai seorang cahayamata perempuan berumur 2 tahun. Bekerja di salah sebuah syarikat Telekomunikasi yang terkemuka. Berjawatan Eksekutif a.k.a kulikutip. ( eh memang pun.. tak bangga langsung bila dikatakan seorang eksekutif , bagi aku eksekutif umpama tempat menyelesaikan perkara yang tak selesai!!! ).
Apa lagi ek?.. Hmm.. segalanya akan 'dibongkar' di dalam Jurnal Harian ini.
Thursday, July 6, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment