Monday, February 18, 2008

Le Tour D'Langkawi @ Explorace D'Langkawi - part three

11/02/08 - 7.30 pagi ( Isnin ) - pepagi lagi aku dah bangun berkemas barang2 yang sepatutnya berada dalam bilik atau di ruang tamu. semalam aku biarkan sajer beg2 pakaian kami tercorok kat tepi pintu bilik . selepas mandi dan bersiap seringkas yang mungkin, aku mengemas pulak dapur dan ruang tamu kami. Ye lah.. sebagai tuan rumah aku la yg sepatutnya megemas rumah ye dak.. pagi ni pun aku malas nak keluar. So sementara menunggu sang lelaki keluar membeli breakfast, aku membawa tihani bermain buaian di taman permainan. Azah dan anaknya berada dirumah. Selepas melayan tihani bermain kami bersarapan , sementara menunggu bubur baby azah dan sarip masak.. tunggu lagi ler nampaknyer... hmmm...

1.30 petang - kami keluar makan tengahari di gerai yang berdekatan dgn Resort kami. makan ala kadar sajer. Selepas makan kami round2 kat tempat2 yang menarik di Langkawi ni. hajat hati , aku nak pergi Makam Mahsuri, tapi memandangkan tempat tu adalah makam atau kata lain kubur! aku pendamkan sajer hasrat hati .Semuanya kerana ada baby .. tak sesuweiii la tempat tu bawak baby... kami singgah di satu kedai di namakan Perusahaan Gamat . Di kedai ini barang yang di jual adalah barangan yang berunsurkan gamat. Banyak jugak barang aku beli kat kedai nih , sebagai ole-ole untuk kawan2 pejabat dan kegunaan sendiri. Di antara barangan yang aku beli ialah :
  • minyak gamat ( of course ) - 30 botol kecil.
  • Air Gamat - 5 botol.
  • Bedak Sejuk Resdung Gamat - 1 botol.
  • Balm Gamat - 5 botol.
  • Balm Gatal Gamat - 5 botol.
  • Balm buah pala +gamat - 3 botol.
  • minyak Panas Gamat - 10 botol.


Selepas membeli dan belah di kedai Gamat nih, kami berjalan2 sambil menaiki kereta disepanjang pesisiran pulau langkawi. Disebabkan "kegatalan" yang berada pada abang2 kami tuh ditambah pula dengan kehendak mereka untuk "mencuci" mata yang sememangnya kelabu asap!! , kami pun turun dari kereta dan berjalan -jalan di bawah panas terik dengan dua orang kanak-kanak , semata-semata ingin menyempurnakan hajat "gatal +mencuci" mata suami2 kami dengan melihat kegebuan peha, kemontokan buah dada yang bergayutan serta punggung yg pelbagai saiz minah2 salih yang terdampar di tepian pantai umpama penguin atau singa laut yang sedang berehat !!!! hahahahaaha... Leceh betol laaa dorang nih .....


Setelah puas melihat minah2 saleh , kami meneruskan perjalan menuju ke tempat dimana terletaknya cable car . Yippeee!!! dapat jugak aku naik cable car kat Langkawi nih.. sampai juga hajat aku .. heheeh. Macam tahu2 jer dorang ni aku nak naik cable car. Sesampai saja kami di sana , Sarip ditugaskan bertanyakan harga tambang untuk menaiki cable car . Adalah 20 minit menunggu dalam kereta ( punyala lama , nak kena beratur jugak kot kalau nak tanya harga tiket nih .. haha ). Dari jauh lagi aku dah nampak kelibat sarip. Dengan gelengan kepala dan goyangan tangan , aku tahu mesti hajat aku nak naik cable car tu tak dapat dipenuhkan.. Hm... melepas aku.. alasannya " mahal la dan , sorang 25 hinggit.. huuu... takyah la... " . geramnyer akuuuuu... Yang gembira dah tentulah abang . sebab dia memang taknak naik pon , gayat!!!!!!.....
Dari situ kami beredar ke tempat lain pula, setelah penat pusing2 Pulau , kami pon balik ke Resort .


9.30 malam - Malamnya , kami makan malam dia satu tempat yang agak menarik jugak, terasa macam kat Bora Ombak lak .. Aceihhh... hehehe . ( cuma satu yg kureng kat sini , semakin kuat angin bertiup menyejuk kan badan, semakin kuat jugak bau longkang besar yang terletak di sebelah restoran kami.. Aduhai... )Tapi aku makan jugak lah.. malas nak layan deria bau batang hidung aku nih ...aku makan nasi goreng paprik , abang makan benda yg sama , tihani makan bubur nasi, Sarip dan Azah .. aku tak ingat apa dorang order .Ah! lantak lah....

10.30 malam - kami bertolak balik semula ke Resort . Sebelum melelapkan mata , aku terfikir apa plan kami untuk esok. Kalau ditanyakan kat aku banyak wooo aku nak pergi dan buat . Namun apakan daya .. aku bukan pergi satu family, ada kemungkinan tempat2 yg aku nak pergi tu tak sesuweiii.... Hmm.. Akhirnya aku pun tertidur.

zzzzzzz.... krru......zzzzzz.... krruu

....

No comments: