Le Tour D'Langkawi @ Explorace D'Langkawi - last episode
12.22 pagi - ( 14/02/08 - Khamis ) - Apa yang aku fikirkan sebentar tadi , benar2 terjadi.. Aduhai..... temperature naik lagi !!! . Apa kes pulak nih. bukan ker hafidi cakap semua dah okay.. dah settled .. takde masalah.. kenapa pulak naik lagi nih... Ya Allah ... tak sanggup aku menanggungnya semula wahai tuhan yang maha mendengar lagi maha mengetahui.. Malah kali ini lebih buruk dari tadi apabila aku mendengar abang dan sarip mengatakan besar kemungkinan tangki mengisi air ini bocor!!.. yes bocor.... hmm... Aku alihkan tihani yang sebentar tadi tidur diatas pangkuanku. Aku letakkan dia diatas car seat nurin buat sementara . Agak sukar jugak kerana tempat kosong agak sempit. Ye la.. setiap kali temperature naik , seat depan jugak akan dinaikkan untuk mengisi air. Yang jadi mangsa, Aku la.. dengan tihani. kaki aku akan tersepit dibawah seat depan dan tihani pulak akan dialihkan ke tengah sekiranya dia tertidur... ( begitulah yang terjadi sehingga kami tiba di KL ) Alahai anak omak... kesian ko ye nak... Nak duduk belakang pulak , dah penuh dengan barang2 yang di beli di Langkawi. Tak ape lah nak.. kita redha jer ye.. Semakin aku memikirkan masalah ini, semakin aku rasa tak selesa. Dengan keadaan panas di dalam tenuk , aku buka pintu tenuk seluas-luasnya untuk mendapatkan sedikit angin diluar. hmm.. terasa agak nyaman. Sambil menunggu mereka berusaha untuk melihat masalah sebenar , aku keluar dari tenuk untuk meluruskan pinggang. Ku perhatikan sekeliling yang agak terang .( kerana tempat kami berhenti itu adalah bersebelahan dengan tandas awam yang dipasangkan dengan lampu spotlight ). Terasa cam siang lak!. hehehe. HAH!!!! hari KHAMIS!!!!!.. Tak sedar hari ni dah khamis.. hm...
Aku membuka beg pakaian dan mengeluarkan baju dan seluar bersama barangan pencuci. Eh! bukan daaa... aku bukan nak gi cuci baju .. Gilo Hapo... pepagi buto nih nak cuci baju.. Tak..... aku sebenarnye nak gi mandi... hihihihih... paness.... so .. dipendekkan citer lagi.. aku pun gi la mandi.. lama gak arr.. rasa cam 30 tahun tak mandi dek nikmatnye mandi kat dalam tandas kat perhentian ntah hape namernye nih.. Sambil2 mandi tu , mata aku ni jeling2 gak arr atas bawah kiri kanan kat dalam tandas tuh.. Takut2 ada yg intai ker, tak pun pasang kamera ker.. mane la tau kaaannnn..... tak pasal2 gambar aku masuk internet lak nanti dibawah tajuk " mandi di perhentian".. hahahaha... Bila dah selesai mandi , aku basahkan sedikit hujung towel untuk mengelap badan tihani yang masih tidur tu agar dia rasa selesa. Aku gantikan pamper dan salinkan baju tidurnya. Aku bancuh susu yang sedikit suam bagi memanaskan perutnya agar tidak masuk angin. Ku perhatikan Azah masih leka dengan anaknya. Aku tawarkan diri pada Azah untuk menjaga anaknya sekiranya dia ingin mandi atau membersihkan badan . Tak mengapa katanya.. Sarip ada ..
Aku mengemaskan seketika barang2 didalam tenuk Sarip agar lebih kemas dan teratur. Aku kutip segala plastik dan kertas yang kami letakkan didalam tenuk. Aku susun semula kedudukan beg2 dan barang2 yang dibeli di Langkawi itu. Aku keluarkan comforter tihani yang dibeli tadi untuk digunakan sebagai selimut. Aku keluarkan beberapa helai baju , seluar dan pampers tihani dari dalam beg pakaian untuk diasingkan kedalam beg yg lebih kecil. Aku simpan bersama dengan ubat gigi, bedak, dan berus gigi tadi. Aku basuh semua botol2 tihani yang telah di gunakan. Aku keluarkan beberapa tin kacang Koh Kae berserta beberapa makan ringan yang lain. Korang mesti fikir kenapa aku sibuk nak sediakan semua ni kan ?. Ntah laa... Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku siapkan semua nih.. Senang kot dalam perjalanan nanti , tak la aku susah payah nak gunakan benda2 ni semua.. Hmm.. lama jugak kami kat sini , setelah semuanya okay ( temperature dah turun sikit ) , kami pun meneruskan perjalanan.....
2.15 pagi - Sekali lagi aku terjaga apabila tenuk melencong ke kiri.. Mungkin sebab dah selalu sangat melencong ke kiri , aku dah tak terkejut dah kali nih.. Dah biasa... hehehe.. Cuma setiap kali tenuk berhenti di tepi highway aku agak bimbang sedikit. Macam2 boleh berlaku tepi highway nih . kami mungkin dilanggar oleh kenderaan berat seperti lori laju sehingga terbabas dan melanggar tenuk ... atau di rompak oleh penjahat yang berhenti konon2 macam nak tolong.. barangkali juga kami di makan oleh binatang liar seperti gajah atau rimau ker.. uish... cuak beb... Dan yang paling aku khuatirkan keselamatan dua kanak2 yang bersama2 mengikuti explorace kami nih.. Ye la.. semangat dorang ni bukan kuat ponn... kalau tak diganggu oleh manusia , mungkin diganggu oleh makhluk halus kan.. uishh... terus terang aku katakan kawasan yang kami berhenti ni membuatkan aku teringat pada tempat yang kami berhenti buat pertama kali semasa dalam perjalanan ke Langkawi tempohari.. Memang seremmm.... aku kuat kan semangat sambil mulut aku tak henti2 membaca surah kursi.. Mujurlah dua kanak ini tidur lena.. Alhamdulillah..
Abang dan Sarip berbual2 sambil menghisap rokok sementara menunggu tenuk sejuk sedikit. Aku sempat perhatikan suasana di sekeliling kami. Itu pun sipi2 jer.. tak berani weh.. kang ada yang ajak lawan mata lak kang... hehehe.. Diseberang jalan yang bertentangan ntah kenapa aku melihat seperti ada bayangan seseorang yang sedang melintas jalan menuju ke seberang jalan sewaktu lampu belakang sebuah kenderaan dipantulkan. Sape plak memalam berjalan kaki nih? Ah! mata aku nih yang ntah hape hape agaknya.... Lantak la... Aku perhatikan abang yang agak kepenatan. begitu juga Sarip. sekejap mereka mengelengkan kepala . sekejap mereka menggangukkan kepala. rokok tak putus2 dihisap.. Ada waktu2 tertentu mereka hanya saling berpandangan tanpa bicara. Seperti ada rahsia besar barangkali... Entah la... Abang seperti gelisah malam ini. Macam nak cepat jer.. Ntah kenapa.. mungkin penat kot.. Setelah 20 minit berlalu.. abang dan Sarip mencuba untuk membuka penutup tangki untuk mengisi air yang telah kurang.. ( sempat aku dengar mereka berkata memang sah tangki bocor ) Namun mereka masih tidak berani untuk membukanya.. Takut2 wap panas memancut keluar . Dan sekiranya perkara itu terjadi , harus kecederaan berlaku kepada kami dan anak2 kami.. Dengan perasaan khuatir abang dan Sarip mencuba untuk membuka penutup secara perlahan berkali2 ..
Abang : 'ko bukak pelahan2 dulu rip , jangan laju2.... '
Sarip : 'panas lagi ni dan.. kang mancut kang..'
Abang : 'dah lama dah nih.. pelahan2 bukak , ko dengar ada bunyi ke tak? ..'
Sarip masih teragak2 untuk membuka penutup air secara perlahan2 .. ( memang agak mendebarkan , takut2 apa yang difikirkan bakal berlaku ).
Sarip: 'Eh! dan...ada bunyi laa... bahaya ni dan!! .... mancut nih... uish... bahaya ni dan!!.. kuar!!! .... mama!!! kuar maa... kuar...kuarrr......cepat!!!!!!.. ma.... cepat !!!! bawak kuar anak!!!!! cepat maaa......'
Dalam keadaan kelam kabut , Azah mendukung anaknya sambil berlari keluar dari tenuk menuju ke belakang kenderaan. Agak jauh sedikit.. Dan aku yang agak terkejut pada mulanya apabila mendengar jeritan sarip menyuruh azah keluar , melompat keluar dari tenuk sambil mendukung tihani.. Aku tak sedar waktu itu aku berkaki ayam. Disebabkan pergerakan aku yang agak drastik itu, membuatkan tihani terbangun dari tidurnya. Degupan jantungku bagai boleh didengar oleh sesiapa saje waktu tuh.. Hanya Tuhan yang tahu betapa bimbangnya aku sekiranya kami ditimpa kecelakaan.. Seram sejuk badan aku menahan ketakutan. Dalam 10 minit kami berada diluar kenderaan menambahkan lagi kebimbangan aku terhadap anak2 kami yang terdedah dengan suasana persekitaran yang gelap dan bahaya....
Setelah memastikan penutupnya dapat dibuka dan tidak ada tanda2 wap panas akan memancut keluar , kami memasuki semula kedalam tenuk. Ya Allah.... permudahkanlah urusan kami Ya Allah.. Aku memasangkan kembali surah yassin didalam handphoneku. Sedikit kuat.. sambil aku tak berhenti2 membaca surah kursi.. Alhamdulillah ...tidak ada apa2 yang buruk berlaku ketika itu.. Dalam beberapa minit setelah air diisikan , kelihatan lampu berwarna kuning berhenti dibelakang kenderaan kami. Aku menoleh kebelakang melihat gerangan empunya lampu kuning tersebut. Fuh! Kereta polis.
Sarip : 'Encik.'
Polis : 'Kenapa ni cik ?' ( sambil menyuluh sedikit didalam tenuk ).
Sarip : 'temperature tinggi la encik, tangki air bocor. '
Abang : 'Ni baru isi air nih. '
Polis : 'Nak kemana nih ?'
Sarip: 'kami nak balik Kolumpo... dari langkawi ni .. ingat nak cari workshop la encik ,bila dah siang nanti..' Polis : 'siang sikit ada lah workshop bukak.. Ye lah nak balik kolumpo pun , susah gak nih . boleh jalan tak nih ?' Sarip : 'kena jalan slow2 la.. ingat nak berhenti perhentian depan. Jauh lagi tak dari sini?'
Polis : 'Ada dalam 10 km lagi la .. . saya ikut belakang.. encik jalan dulu.'
Abang : 'tima kaseh cik.. '
kami meneruskan perjalanan dengan diikuti oleh sebuah kenderaan polis.. ( dah rase cam orang bersalah pulak dah.. hehe ) . Di dalam perjalanan , tidak ada seorang pun yang bercakap.. Barangkali mereka jugak seperti aku , masih didalam situasi terperanjat. Tak ada seorang pun yang tidur kecuali anak2 kami . Hanya kedengaran surah Yassin berkumandang , sehinggalah kami selamat sampai di perhentian seterusnya.. Perhentian Taiping.
3.30 pagi - Entah bila polis yang mengikut kami tu hilang . Sedar2 jer dah takde. Macam magik plak. Abang cakap ada satu kereta rosak tidak jauh dari perhentian yang kami berhenti nih. So polis tu tinggalkan kami untuk membantu sebuah lagi kenderaan yang berhenti di tepi jalan ( mungkin rosak jugak kot ). Terima kasih pak polisi kerana bantuan anda mengekori tenuk kami nih. Sesampai saja kami di perhentian, kami membuat keputusan untuk menunggu hari siang. Abang dan Sarip melihat2 keadaan tangki "hikmah " kami sekali lagi. Sementara Sarip meninjau2 tangki hikmahnya , abang melihat2 sekeliling. Terdapat satu pondok instirehat berdekatan dengan tempat kami berhenti . Melihatkan kepada keadaan tenuk yang agak tenat , kami membuat keputusan untuk merehatkan diri sambil menunggu hari siang. Kami mengeluarkan barang2 yang dirasakan perlu seperti air minuman, makanan ringan yg masih berbaki, comforter tihani, lampu suluh, handbeg, kelengkapan susu anak2 , selimut , bantal/kusyen, stokin dan baju sejuk. Aku juga memastikan tihani berada dalam keadaan selesa.
Nah..... terjawap sudah persoalan mengapa sedari awal aku beriya-iya benar menyiapkan segala kelengkapan pakaian tihani dan memastikan botol2 susu tihani dibasuh ?.. Inilah jawapannya.... Setelah membentangkan comforter, kami berbual2 sambil merebahkan badan . Dibelakang pondok yang kami rehat ini , berderetan gerai2 kecil yang menjual makanan ringan dan minuman. Namun gerai2 ini telah tutup. Hanya satu gerai sahaja yang dibuka tidak jauh dari tempat kami berehat. ( menurut kata tuan punya kedai ini, dia sengaja membuka kedai sehingga pagi , bagi memenuhi keperluan pemandu2 lori untuk mendapatkan makanan, minuman dan juga rokok!. Siap masak mee goreng lagi tuhh!! mulia sungguh hati tokey gerai nih kan.. ish..ish..ish...) . Sarip membeli sebotol air minuman sambil bertanya kepada tuan punya kedai sekiranya terdapat bengkel2 kereta berdekatan. Kata tuan punya gerai yang berhati mulia ini, di depan perhentian ini ada sebuah workshop. Hmm.. kena la tunggu sampai pagi nampaknya.. hehehe.
Sambil kami berehat menunggu hari siang , abang ceritakan satu perkara yang tidak sedap didengar . ( walaupun nak jugak dengar..hehehe ) . Rupanya ditempat yang kami berhenti tadi ( tempat dimana kami bertemu dgn polis ) , abang ternampak "cik pon" tengah syiok gayut kat atas pokok dalam hutan sebelah kiri , tidak jauh dari tempat kami berhenti. Namun untuk tidak membuatkan kami semua takut , abang hanya mendiamkan diri . Patutlah abang macam nak cepat jer.. dan aku perasan jugak waktu tu abang tak banyak bercakap. Aku teringat kembali pada satu lembaga yang melintas jalan yang aku nampak masa tu. Jangan2.... benda tu yang lintas tak ??.... Aiseh... Nasib baik la , tak diganggu nya anak2 kami.. kot la ada yang kena sampuk. tak ke naya... Aduhai...
4.05 pagi - Aku berjaga sehingga pagi bagi memastikan keselamatan kami yang hanya tidur berlantaikan papan dan berdindingkan pokok2 dan gerai2 kecil. Takut wehh... Kali ni yang aku bimbangkan adalah perompak. Kalau nak ambil barang2 kami takpe la jugak.. buatnye dorang ambil anak2 kami ker , maklumlah banyak kes culik budak sekarang nih.. mau aku meraung macam orang gila agaknye.. Tak pun di culiknyer aku ker... ishh.ish.. tak sanggup nak bayangkan.. Waktu ini , abang, Sarip telah pun dibuai lena. ( siap berkeroh lagi tuh!! ish..ish..ish.. ) Azah dan anaknye juga tidur. Bila aku pandang baby nurin.. kesian aku tengok. Tak pasal2 kena tidur tepi jalan ye.. Hmm.. Tihani sejak sampai tadi dah meragam. mungkin sejak malam tadi tidurnya asyik terganggu dek kerana beberapa aku mengalihkan dia ke tengah. lepas tu kena paksa melompat pulak!. hhehe. Bila aku pujuk suruh dia tidur, berkali2 dia mintak nak balik rumah. Tak best tidur kat sini katanya... Gamaknye dia macam tak suka tidur kat tepi jalan ni. Pandai pulak dia memilih tempat ye..hehe.
5. 15 pagi - Suasana begitu sunyi ketika ini. Sesekali mata aku ni menjeling kearah dimana pemandu2 lori tu sedang melepak.. Ada ketikanya aku perasan diantara mereka ni memandang ke arah tempat kami tidur. Apa lah yang mereka ni fikirkan barangkali. Entah kesian, entah ape. Mulalah otak aku waktu nih fikir yang bukan2 jer. Takut woo... maner lah tahu kot2 dorang ni pakat ramai2 gi serbu tempat kami. Hah sudah!.. sehingga nak dekat suboh baru aku terasa mengantuk. Tersenguk2 aku menahan mengantuk sambil bersila.
7.00 pagi - Aku membersihkan diri sementara menunggu tihani bangun dari tidur. Waktu ini ada beberapa kenderaan yang berhenti dengan tujuan yang sama. Ada beberapa mata yang memandang kearah kami yang tengah dok lepak kat pangkin kayu tuh.. Cam bersantai lah konon2nya . Mender pandang2 ? Cam tak biasa jer dorang ni.. Sedang aku sibuk menyalin baju tihani , kami didatangi kereta peronda PLUS. Eh! macam tau2 lak dorang ni kenderaan kami rosak kan?. Kami diberitahu bahawa mereka ( PLUS ) telah pun menghubungi sebuah bengkel untuk membaiki kenderaan .. Eh! cepat sungguh dorang ni kan?. Tapi biasala... nak carik duit cam gini la.. Tolong menolong.. heheh. Tenuk telah ditarik oleh kenderaan PLUS sehingga exit Changkat Jering.. Yess. kami terpaksa exit ke Changkat Jering memandangkan perjalanan kami masih jauh lagi. ( exit paling dekat ialah Changkat Jering) . Dengan muka yang macam dah 10 hari tak mandi, gigi pun tak gosok , taik mata bersememeh , terasa seronok lak naik keta kena tarik. hehehe. Aku membuka tingkap tenuk seluas2 nya. Sengaja aku bukak untuk merasai angin segar diwaktu pagi. Hmm.. alangkah segarnya apabila mukaku disejukkan dengan embun pagi ..Hmmmmmmm......Ahhhhhhhhhh. Aku memandang tihani yang turut merasa seronok. Apabila melihat senyuman dibibir serta renungannya padaku , aku jatuh kasihan pada anakku yang terpaksa menerima keadaan kami ketika ini. Ah.. sedih pulak aku dibuatnye..
Sepanjang perjalanan aku melihat dikiri kanan jalan hanya terdapat beberapa rumah2 kampung yang agak sunyi dan seperti tidak berpenghuni. Barangkali mereka belum bangun lagi agaknya. Tidak ada kedai makan yang dibuka , hanya sebuah kedai runcit kecil yang baru sahaja nak beroperasi. Tidak jauh dari kedai tersebut, kenderaan kami membelok ke arah kanan. Tu dia aih! ada beberapa pekerja telah bersiap-sedia menanti ketibaan kami. Dah rasa cam VVIP pulak dah .hehehe. ( ye la.. kan dorang ni dah diberitahu awal2 lagi ). Sementara Sarip dan Abang berbincang dengan tokey bengkel, kami dipelawa untuk beristirehat disebuah surau+tadika bersebelahan bengkel tersebut. Serba salah pulak nak rehat kat dalam tuh sebab waktu itu mereka sedang belajar. So sementara menunggu mereka habis belajar dalam pukul 12 tgh hari , kami berehat dikaki lima surau tersebut.
8.45 pagi - Lapar la pulok!. hehehe. Kami meninjau kedai2 yang berhampiran sekiranya ada yang menjual makanan. Tu dia aih!!... punyala jauh... lebih kurang 100 meter rasa nye.. Namun aku gagahi jugak kaki ini semata2 untuk mendapatkan makanan terutama untuk tihani . Kami bersaparan di kedai . Aku sempat membeli kuih muih dan air minuman buat mengalas perut hingga ke petang. Aku membeli minuman dan 5 keping karipap untuk abang. Setelah bersarapan kami kembali semula ke bengkel kereta.
10.00 pagi - Sementara menunggu tenuk siap dibaiki , aku memandikan tihani dan menukar pakaiannya agar dia merasa lebih selesa. Dalam keadaan begini , seboleh2 mungkin aku perlu berkompromi sebaik yg mungkin dan menjaga perasaannya agar dia tidak memberontak atau bosan dengan keadaan begini. Aku turutkan sahaja rentaknya. Segala kemahuannya aku turuti ( yg boleh laa).. Tentu semua nak tahu apa yang terjadi pada Si tenuk tu kan ?. Haaa... ni nak citer sikit nih. Selepas perbincangan di antara abang, sarip dan tokey bengkel kereta tersebut , keputusannya nak tak nak tenuk perlu di cabutkan segala isi tempoloknya untuk digantikan mana2 yang perlu. Pendek citer maner yg bocor dan berkarat perlu diganti. Kalau tidak, bermastautin la pulak kat Changkat Jering nih.. Hmm.. mintak2 takde lah sampai beribu ringgit upahnye ek ?
12.00 tgh hari - Tenuk masih dalam proses. Aku menunggu dengan penuh kesabaran.. hehe. Ye laa.. apa nak buat. Tak kan nak mengamuk la soh cepat baiki... Kang tak pasal2 aku kena tinggal lak .. heheh. Nak tak nak duduk je la... tepi surau ni. Dah macam orang mintak sedekah pulak dah. Waktu menunjukkan pukul 12.15 tgh hari. kanak2 di tadika ini pula sedang sibuk mengemas barang2 untuk balik ke rumah. Bilamana terlihat kami ( orang2 asing ) yang berada berdekatan dengan tadika+surau mereka, ada yang melopong dan ada jugak yang macam takut2. Bermacam2 andaian barangkali dalam fikiran mereka. Setengah jam kemudian, surau+tadika itu kembali sunyi seperti sediakala. Cuaca pada ketika ini agak terik. matahari tegak betul2 atas kepala ..Aku dah mula berpeluh dan tak selesa. Biasa la aku nih, kalau tak mandi satu hari tu rasa tak sah.. aku perlu mencari bilik air atau tandas. Aku meninjau2 tandas yang berada dibelakang surau. Tandas berdindingkan zink dan beratapkan asbestos . Aku buat spotcheck pada dinding zink pada tandas tersebut. Takut2 ada lubang ker.. Setelah memastikan tandas tersebut selamat untuk mandi , aku berpesan pada Azah menjaga tihani sementara aku membersihkan diri. Fuh! lega......
1.30 petang - Sesekali aku melihat2 keadaan tenuk yang sedang dibaiki. Hampir 70% siap ( itu kata abang la ). Aku terpandang kearah Sarip yang sedang bertinggung disebelah tenuknya. Wajahnya nampak muram.. Sesekali dia tunduk memandang kebawah. Lama.. Berteleku. Ntah apa yang difikirkannya.. Hanya dia sahaja yang tahu. Aku boleh faham perasaan dia. Siapa yang nak kereta rosakkan?... Kena hantar bengkel lagi.. jauh pulak tuh. Perjalanan ke KL pun masih jauh lagi.. Ntah berapa RM pulak akan melayang nanti ?
Sebut pasal upah ni , aku nak citer sikit. Lepas mandi tadi , abang memberitahu tentang upah membaiki tenuk. Sarip ingin meminjam wang dalam RM300. Terus terang aku katakan pada abang setakat RM150 saja yang aku ada dalam purse aku nih dan aku tak kisah memberikannya memandangkan aku tidak menggunakan wang itu buat sementara ini. ( RM150 adalah duit lebihan selepas ke Langkawi ). Aku berikan pada abang untuk diserahkan kepada Sarip. Aku faham situasi Sarip. Dalam keadaan sekarang, tak mungkin dia mempunyai duit yang berlebihan setelah berbelanja lebih di Langkawi. Segala duit tol, minyak telah digunakan waktu kami ke Langkawi. Makanya dia tak perlu nak memikirkan tentang duit minyak dan tol untuk balik kerana perjalanan balik giliran abang untuk membayar duit tol dan minyak. Sekali lagi abang bertanyakan kepada aku samada aku mempunyai wang didalam bank. Well... duit tu ada tapi bukan di MBB lah..( MBB hanya tempat keluar masuk duit gaji . Segala duit simpanan aku masukkan kedalam ASB ). Aku tanyakan kepada abang tak cukup ke ?(setelah dicampurkan dengan duit aku, Abang dan Sarip ). Dengan nada berbisik , abang mengatakan ' duit nak makan nanti...' .
Ya Allah, sedih sungguh aku waktu itu. Sampai nak makan pun tak berduit.. Termenung aku sekejap.. Aku pandang tihani dan nurin yang berlumba2 menghabiskan biskut ikan yang aku bawak dari KL. Dalam keadaan lapar , apa sahaja yang diberikan kepada kanak2 ini dimakan tanpa berkira. Yang tak sedap pun rasa lazat. Beginilah keadaan orang yang kelaparan kerana kemiskinan kan . Bergenang airmataku melihat gelagat mereka. Aku tak pasti samada Azah tahu tentang perkara ini atau tidak.. Takde bezanya pun.... fikiran aku kini lebih banyak memikirkan dengan siapa aku nak minta bantuan . Aku terfikir untuk menelefon zeenat ( kawan sepejabat) meminta dia transferkan duit untuk dipinjam. Ku nyatakan perkara itu kepada abang, namun abang menghalang. Nak aku pinjam kat mak, mak tak pandai pakai MBB2U. Tak kan nak call kaklong atau banglang pulak kot??! .. Ah! malas lah nak fikir.. pandai2 lah abang cari jalan...
4.30 petang - Aku dah mula rasa bosan. Nak kata penat tak pulak.. Cuma aku bosan memikirkan tentang tenuk. Ntah bila la nak siap nih.. Hmm... Bosan nyer..
5.30 petang.. Akhirnya... Si tenuk telah berjaya diselamatkan.. Panjang umur kau tenuk.. Setelah berkemas apa2 yang patut , tepat pukul 6.00 petang , kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.. Mungkin kerana lapar , letih atau bimbang ( kebimbangan itu tetap wujud ,walaupun si tenuk telah dioverhaul ) , masing2 hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.
6.10 petang - Kami singgah sebentar di perhentian R & R kerana Azah dan Sarip ingin membersihkan diri. Ye lah .. dorang ni mandi pun pagi semalam semasa di Langkawi .. dah masuk 2 hari tak mandi nih.. hehehe. Masyem.... Sorry ye Azah dan Sarip, akak gurau jer.. aku cam biasa lah.. ada tandas memang aku tak lepaskan peluang untuk mandi.. Rasanye satu hari ada 5 - 6 kali aku mandi kot.. hehehe.. Tak selesa beb.. Sementara menunggu Sarip mandi , aku berjalan2 di gerai2 yang menjual buah2an seperti limau Bali , Jambu air dan Jambu Batu. Kecur air liur melihat segar dan merah nya jambu2 air tu.. Teringin nak beli untuk dijadikan ole-ole. Nak kasi makcik sikit dan mertuaku. Namun apakan daya, aku tak punya wang waktu itu. Niat aku itu aku pendamkan saja. Aku hanya mampu membeli jambu air berharga RM2 !. Jadi laa... Kami meneruskan perjalanan tanpa sebarangan masalah.
6.30 petang - Aku tertidur seketika. Aku hanya tersedar apabila tenuk membelok ke kiri.. Pulak dah.. Fhobia aku sekejap.. Sepantas kilat pandangan ku terarah ke meter tenuk si Sarip melihat temperature. Hmm.. tak pulak naik.. Sangkaan ku silap kali ni. bukan kerana tenuk yang bermasalah , tapi perut abang dan Sarip yang meminta untuk diisikan.. Alahai..... Sementara menunggu abang dan Sarip mencari ATM untuk menjolok ! ( ntah saper punya duit la dorang ni pinjam.. malas aku nak fikir pasal hal nih ) , aku membawa tihani bermain buaian dan gelongsor ditaman permainan yang berdekatan. Azah dan Nurin hanya berehat didalam tenuk. Aku memberi peluang untuk tihani bermain sepuas-puasnya.. Tihani sungguh gembira dapat bermain kesemua alatan permainan ini. Kebetulan tidak ramai kanak2 yang menggunakannya. Tergambar diwajahnya kepuasaan. Aku juga puas apabila melihat betapa seronoknya tihani. Hilang seketika segala peristiwa yang berlaku selama beberapa hari lepas. Setelah puas tihani bermain , kami dipanggil oleh abang.
7.15 malam - Hmm.. perut pun dah kenyang.. Errk.... Alhamdullilah... Perjalanan masih diteruskan.. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Sepanjang perjalanan pulang, abang menjadi driver. Sarip disebelah tertidur kepenatan. Azah dan nurin juga telah lena dibuai mimpi indah.. heheh. Tihani masih meneruskan penyusuannya dengan mata yang kadangkala terpejam... tak lama lagi tidur la tu.. Hanya aku yang terkebil-kebil memandang kiri dan kanan highway.. Aku tak ingat ntah bila masanya aku tertidur, Sedar2 je kami dah sampai tol karak.. ( itupun sebab abang memandu dalam keadaan terhoyong-hayang.. Sebab ngantuk !! ). Sebaik sahaja sampai di tol Karak , Sarip menawarkan diri untuk mengantikan tempat abang memandu , namun ditolak oleh abang dengan alasan masih boleh bertahan lagi.. Hmm....
8.45 malam - Beberapa kali aku tertidur dan terjaga. Kali terakhir aku tertidur semasa kami berada di Jalan Ampang berdekatan dengan kedutaan British. Aku tersedar kembali semasa tenuk melanggar bonggol di kawasan perumahan rumah ku.. Aku memandang sekilas abang yang masih setia memandu. Dan tepat pukul 9.00 malam ( waktu Malaysia ) , explorace kami ini telah pun tamat dengan meninggalkan pengalaman kepada kami , kepada aku khususnya yang tidak akan aku lupakan. Segala puji bagi Allah.... Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Sarip dan Azah , aku menghulurkan plastik yang berisi setin kacang koh Kae , dan setepek coklat dari Langkawi sebagai kenangan.. hehehe.. Semoga dilain waktu kami berenam sekali lagi bersama2 bercuti dalam suasana aman dan damai.. Insya'Allah ye..
1.00 pagi - Aku selesai berkemas segala barangan yang dibawa dan dibeli. Apabila melihat kepada coklat yang kemek2 akibat dihimpit dan cair dek panasnya cuaca, aku terharu seketika.. hmm.. Sayang pulak nak makan coklat nih. hehe. Abang dan tihani telah lama lena. Hanya aku yang terkebil2 di atas katil mengenangkan kembali betapa jauhnya perjalanan kami ke Langkawi. Bila dicongak2kan balik kami lebih banyak menghabiskan waktu diperjalanan berbanding di Pulau Langkawi.. 2 hari perjalanan pergi dan 2 hari perjalanan balik.. hmmmm...
Sekian.
Monday, February 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment