12/02/08 - 8.30 pagi (selasa) - dah macam rutin pulak dah bijik mata aku nih pepagi lagi dah celik. kalau kat rumah tu bukan main payah lagi nak bukak.. hehehe. lepas membersihkan diri sambil membasuh baju , aku masak air , basuh pinggan mangkuk , kemas ruang tamu dan beberapa perkara lagi yang aku bereskan. sekurang2 nya kalau kami ada plan pagi nih , tak la rumah kami ni bersepah... selepas tihani aku mandikan , cam biasa la.. dia ni kalo tak mengadap taman permainan tak sah.. ( sib baik la rumah aku kat keramat tu jauh dari padang permainan , kalau depan mata, harus tiap2 hari aku kena mengadap buaian gamaknye. ) baru 1/2 jam aku kat padang , abang call. Rupanya kami nak breakfast kat luar . So... pagi itu kami bersarapan di sebuah kedai yang tak boleh panggil kedai pun .hehehe ( sebenarnya rumah ni part kedai part rumah. dia buat kedai kat depan rumah dia . Cam makan kat porch dorang la.. ahhaha . Lu pikir la sendiri ). Sarapan kami memang bukan dinamakan sarapan pun , malang sungguh semuanya dah habis , yg tinggal mee hoon goreng sepinggan kecik , kuih 2 tradisional dan segala macam lauk-pauk untuk makan tengahari.. Cepat sungguh dorang ni masak.. pepagi lagi dah masak lauk yek.. Bila aku tertengok saje jam tangan aku yg memang comel tuh, laaaaa baru perasan , patut lah pun cepat masak lauk .. dah pukul 11.45 pagi !!! hahahaha. bengonggg....
11.46 pagi - Kami ke pekan Kuah hari ini. kali ni giliran aku nak shopping lak... ahhaha. Ye laaa.. mak kirim beli barang jer dah sejela.. makcik lagi soh beli melamine ler, aku punya barang lagi... rugi arrr dah lah dtg dari jauh .. susah lak nak dtg tuh.. tak beli semua nih?!! .. rugi arrrr.... so tempat pertama kali cari adalah ... jeng..jeng..jengg..... IDAMAN SURI. ( tempat favourite org gi shopping ).. Punya la kami pusing satu town nak carik tempat nih. rupanya dah berpindah.. dulu tempat ni kat tengah2 bandar , la ni dah pindah lak jauh sikit dari pekan Kuah.. akhirnya kami jumpa gak.. lama jugak la aku kat sini.. dan banyak jugaklah barang yg aku beli. Di antara barangan yg aku ingat ialah :
- Bedsheet - 2 set.
- comforter untuk tihani - i set.
- coklat pelbagai jenis. ada mahal , ada murah.
- key chain.
- sudu makcik - 2 dozen.
itu jer barang yg aku beli sebenarnye ...hahaha.
2.45 petang - tempat kedua kami pergi ialah kedai makan. hehehe. Lapor lak perut.. so kami pergi makan kat satu restoran yg senyap sunyi jer restoran nih.. orang yg ada pun macam malas jer nak layan. tanya satu jawap satu .tanya sepuluh pun jawap satu gak..aiseh... kami makan dalam suasana yg sunyi gak .hehehe . lepas aku mandikan tihani kat restoran tuh, salin baju dia lepas tu buat susu, kami bertolak balik. Sambil menunggu abang dan sarip membeli rokok , tihani pun tertidur.. memandangkan azah berada dalam kereta menyusukan anaknya , aku mengambil kesempatan bersiar2 di sepanjang kedai2 yg ada bersebelahan restoran yg kami makan tadi. aku memasuki satu kedai menjual barang2 pinggan mangkuk. hajat hati tu nak membeli la.. Aku terpadang kepada set2 barangan vision yang dipamerkan dikedai tersebut . Ada pelbagai harga dari RM100 hingga ke RM450.. Selepas bertanya beberapa harga kepada salegirl , aku membeli satu set periuk kaca vision dgn harga RM199. berbaloi jugak la.. sebab dapat 3 biji beserta dgn tutup sekali.. murah ler tuh.. benda kedua yg aku cari kat kedai tersebut ialah melamine makcik.. cari punya carik , belek punya belek , akhirnya aku memilih satu set pinggan mangkuk melamine untuk 6 orang berharga RM50! ..murah woo... set makan tuh ada tea set lagi ..
4.20 petang - tempat ketiga yang aku pergi ialah kedai Haji Ismail Group. Aku singgah dikedai ini sebab nak beli kacang Koh Kae untuk Ija, ye laa.. orang dah pesankan ..tak sampai hati la pulak.. so aku borong dalam 12 tin... ahahah. hambek ko!.. 6 tin aku 6 tin lagi ija+fina. Kat tempat ni jugak aku beli topi tihani, tambah lagi coklat , nak kasi kawan2 .hahaha. dan tak lupa jugak selipar aku.. ( selipar aku putus ko. banyak sangat berjalan agaknye.. ) . Sebelum balik kami singgah di satu kedai Cina yg menjual beg-beg pakaian . Kami membeli beg pakaian untuk mengisi barang2 yang kami beli tadi . Harga boleh tahan la RM50 satu.. ok laa....
5.30 petang - dalam perjalanan pulang ke Resort, kami singgah ke sebuah kedai yang menjual pakaian mandi dan pelampung kanak2 . Azah dan Sarip membeli pelampung nurin , dan apabila ternampak sahaja pelampung nurin , tihani pulak nak.. maka kami pun belilah... bila dah ada pelampung, tak syiok la takde baju mandi ye dak? hihihih. makanya aku pun beli la baju mandi tihani... abis cerita...
6.00 petang - balik sajer ke Resort , kami dengan hati yang berkobar-kobar , salin baju terus ke kolam renang. berendam.. abang mula2 tuh malu2 kuching .. konon malu ler orang nengok perut boroy dia tuh .. tak pun malu orang nengok kulit manggis dia kot .hahaha. Akhirnya terjun jugak dalam kolam.. Yang paling seronok dah tentu la tihani dan bapak2 budak nih. aku pong.. heehehe . tumpang sekaki gak seghonok.. hahaha. dah sejam mandi kami pun naik semula ke rumah.
9.45 malam - malam ni adalah malam terakhir kami dinner kat Langkawi. Kami plan lepas makan kami nak pergi melawat Dataran Helang.. memalam nih seronok gak ambik angin kan ?.. tapi tak boleh lewat sgt la.. kesian kat bebudak dua orang ni.. sejuk. so.. lepas dinner , kami pun bersiar2 dengan kereta . ( tak jadi ke Dataran Helang sebab dah tutup.. gamaknya Helang Langkawi tu dah terbang kot? hahaha ) . Sampai di rumah waktu menunjukan pukul
10.30 malam.. hmm.. cepatnye maser berlalu.. Esok dah nak balik KL dah.
12.00 malam - mata aku pun dah mengantuk. Malam tu selepas sahaja aku berkemas menyusun barang2 yang aku beli siang tadi dalam beg . ( Hmm.. nak harapkan abang .. nanti byk sgt bebelnya dari menyusun barang2 aku tuh! baik aku susun sendiri ) .. aku pun melelapkan bijik mata sambil berminpi yang indah-indah... Indah sangat ker ?... kita sambung selepas ini...
Bersambung.......

No comments:
Post a Comment